GeMS

Gerakan Memperkasakan Sekolah (GeMS)

Mukadimah
  • merupakan suatu bentuk pengurusan strategik untuk menetapkan hala tuju SJK(C) Tung Hua
  • Perancangan Strategik GeMS akan dijadikan panduan pelaksanaan
  • program jabatan kepada semua warga pendidik dalam tempoh lima tahun.
  • Menekankan 4 perkara utama iaitu penggubalan rancangan GeMS,  
  • pelaksanaan pelan tindakan GeMS, pemantauan pelaksanaan dan pelaporan prestasi GeMS serta penilaian pelan tindakan GeMS untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
  • Seluruh warga pendidik akan terlibat dalam mengenal pasti cabaran, isu-isu utama dan sasaran strategik serta merangka pelan tindakan bagi menangani isu-isu berkenaan.
Fokus Perancangan Strategik GeMS
GeMS digubal untuk menentukan haluan dan merealisasikan fokus SJK(C) Tung Hua seperti yang berikut:
  • Memperkasakan sekolah(F1)
  • Memartabatkan profesion keguruan.(F2)
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, pengurusan  dan pentadbiran pendidikan. (F3)
  • Merapatkan jurang pendidikan. (F4)
  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. (F5)
Objektif Perancangan Strategik GeMS
  • Menyediakan sistem pengurusan organisasi yang baik dan terancang dari aspek dalaman ataupun persekitarannya.
  • Menyediakan peluang penglibatan semua warga sekolah dan ibu bapa dalam proses pemikiran dan mengurangkan tekanan serta tentangan kepada sebarang perubahan yang dirancangkan.
  • Mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi
  • Membuat keputusan yang sesuai tentang tindakan yang akan diambil
  • Membuat keputusan secara sistematik dengan menggunakan maklumat terbaik.
  • Membuat keputusan yang bijak tentang pengagihan sumber manusia, kewangan, dan kemudahan.
  • Membuat keputusan yang praktikal untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
  • Meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalinkan silaturahim dan kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan pengupayaan hala tuju yang sama.
  • Menetapkan keutamaan dan objektif yang jelas termasuk skop aktiviti, pelan tindakan, pemantauan pelaksanaan dan penilaian impak program berkesan.
  • Memahami kuasa-kuasa yang mempengaruhi masa depan sekolah khususnya tekanan dan perubahan terhadap persekitaran masa depan.
Prinsip-prisip dan nilai-niali utama pengurusan program GeMS
  1. Membina wawasan untuk organisasi dengan mendapat pandangan serta idea daripada warga dalam organisasi.
  2. Melaksanakan proses penjanaan wawasan, misi, matlamat serta objektif strategik dengan melibatkan seluruh warga pendidikan.
  3. Melakukan imbasan persekitaran dalaman dan luaran organisasi untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang wujud.
  4. Menetapkan faktor-faktor penentu kejayaan organisasi, nilai, kepercayaan dan adat resam serta budaya yang wujud di sesuatu tempat
  5. Menubuhkan pasukan pelaksana wawasan organisasi untuk menjalankan segala aktiviti yang dirancang
  6. Membina kerangka penilaian dan nilai setiap objektif khusus untuk menentukan kejayaannya.
  7. Melakukan kerja-kerja penambahbaikan untuk memastikan semua perancangan dilaksanakan sepenuhnya
  8. Memantapkan kerjasama dalam organisasi untuk mengelakkan keadaan berpuak-puak dan mementingkan diri.
  9. Menyemarakkan kecintaan terhadap organisasi dan kerja sebagai satu ibadah
  10. Membina jaringan yang baik dengan masyarakat, badan kerajaan, badan korporat dan agensi lain untuk memudahkan pelaksanaan pelan tindakan strategik.
Kerangka perancangan strategik GeMS 
Perancangan 5 fokus GeMS 2006 – 2010 merangkumi 6 perkara utama iaitu cabaran, isu-isu semasa, sasaran strategik, strategi, pelaksana dan indikator pencapaian.

Kerangka Pelan Tindakan GeMS 
Perancangan Pelan Tindakan GeMS 2006-2010 merangkumi 6 perkara utama iaitu strategi, aktiviti, kumpulan sasaran, jadual pelaksanaan, pegawai bertanggungjawab dan anggaran kos.

Cabaran dan Isu Utama
GeMS  SJK(C) Tung Hua 2006-2010 dirancang bagi memastikan sekolah SJK(C) Tung Hua menjadi sebuah sekolah yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan.
SJK(C) Tung Hua telah mengenal pasti 15 cabaran dan 38 isu utama yang perlu ditangani bersama oleh semua warga sekolah melalui pelan tindakan GeMS berlandaskan Fokus dan Matlamat Perancangan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengisian wawasan GeMS SJK(C) Tung Hua amat menuntut komitmen semua pihak sama ada di dalam atau di luar sekolah.  Pendidikan berkualiti dan sekolah gemilang haruslah menjadi agenda utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi selaras dengan Wawasan Gemilang Sarawak.


No comments:

Post a Comment