PROGRAM EXPRESS PAGI

PROGRAM EXPRESS PAGI
A. Latar Belakang

Penguasaan kemahiran penulisan khasnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan masalah utama bagi sekolah beraliran Bahasa Cina, termasuk sikap “tak nak” terhadap kedua-dua matapelajaran ini. Sikap “tak nak” ini mengakibatkan kemerosotan keputusan akademik bukan sahaja bagi peperiksaan PKSR, begitu juga dengan peperiksaan awam iaitu UPSR. Pelajar-pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam matapelajaran lain iaitu Bahasa Cina, Matematik dan Sains, kecuali Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berbagai langkah dan usaha telah diambil pada sebelah petang, tetapi usaha-usaha ini tidak mendatangkan hasil. Yang paling berkesan ialah melalui PROGRAM EKSPRES PAGI

B. Rasional 

Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah paling penting dalam bidang pembelajaran. Seorang warga Malaysia mesti pintar dan fasih dalam Bahasa Kebangsaan ini demi kebanggaan diri sendiri. Kalau warga kita tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris, adalah menjadi masalah untuk berhubung dengan dunia luar. Oleh yang demikian, pihak sekolah mengutamakan Program Ekspres pagi dengan harapan program ini dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kedua-dua bahasa ini dan seterusnya meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan. 

C. Objektif
  1. Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu danBahasa Inggeris.
  2. Meningkatkan lagi kualiti penulisan murid-murid.
  3. Menambahkan perbendaharaan kata baru murid-murid.
  4. Mencungkil minat murid-murid terhadap penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. Memperbaiki keputusan peperiksaan dan meningkatkan pencapaian cemerlang di kalangan murid-murid.
D. Matlamat
  1. 80% murid-murid Tahap2 dapat menguasai kemahiran menulis karangan.
  2. 99% murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  3. Pencapaian peperiksaan UPSR terus meningkat.
E. Kumpulan Sasaran
  1. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
F. Strategi pelaksanaan
  1. Pengagihan guru-guru yang berpengalaman dalam pengajaran BM dan BI dipilih dan diagihkan untuk mengajar kelas tertentu.
  2. Masa yang ditetapkan untuk menjalani program ekspres pagi adalah seperti berikut:
    (a) Tahun 6 : 6.45 pagi hingga 7.35 pagi (b) Tahun 1-5 : 7.05 pagi hingga; 7.35 pagi Pengajaran seperti ini berjalan setiap pagi pada hari persekolahan.
  3. Buku karangan terpilih dijadikan buku rujukan untuk guru-guru yang mengajar kelas ini. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat adalah untuk mengajar BM, Hari Selasa dan Khamis adalah untuk BI.
  4. Murid-murid diajar cara menulis karangan melalui perbincangan dan penerangan, selepas itu karangan ditulis itu dibaca, difaham dan dihafal itu. Akhir sekali murid-murid dikehendaki menulis karangan yang terhafal itu.
  5. Murid-murid yang lemah diberi bimbingan khas dalam kelas atau di luar kelas khasnya pada masa rehat atau masa balik sekolah.
G. Pemantauan
  1. Murid-murid diuji dalam bentuk lisan dan tulisan bagi sesebuah karangan yang dihafal.
  2. Pelaksanaan diperiksa oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari semasa ke semasa melalui buku latihan murid-murid.
  3. Dari keputusan PKSR dan UPSR, pencapaian murid-murid dapat diukir. Kerja susulan dijalankan dalam penambahbaikan bergantung kepada keadaan. 
 



No comments:

Post a Comment