Kelas Bimbingan Khas

A. Konsep
Seorang guru mengambil 2 orang anak angkat yang terdiri daripada murid-murid tahun 6D dan 6E
B. Objektif.
  1. Membantu murid-murid menguasai mata pelajaran yang lemah.
  2. Meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menduduki peperiksaan UPSR.
C. Strategi Pelaksanaan
  1. Memberi motivasi
  2. Memberi bimbingan semasa pengajaran dan pembelajaran atau mengadakan kelas tambahan.
  3. Memberi galakan berbentuk ganjaran seperti hadiah
  4. Mengambil berat atau memberi perhatian
D. Pemantauan
  1. Guru Besar dan PK akan memantau perjalanan program anak angkat dengan merujuk kepada fail-fail persendirian anak murid dan melalui temubual.
E. Impak
Peratus kelulusan setiap mata pelajaran akan meningkat pada setiap tahun terutamanya mereka yang tergolong dalam program anak angkat.



No comments:

Post a Comment