Program Guru Kecil (5 minit)-Setahun-156 Jam

A. Konsep 

Setiap kelas dilantik seorang atau dua orang murid mengetuai kelas masing-masing dalam membaca dan mengawal disiplin kelas sementara menunggu guru dalam masa pertukaran waktu (5 minit).

B. Objektif
  1. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan berfaedah
  2. Membantu guru dalam kelas ketika guru belum sampai.
  3. Pengawalan disiplin kelas dengan efektif
C. Pelaksanaan
Murid-murid(biasanya ketua kelas) membimbing kelas masing- masing membaca petikan-petikan di dalam buku teks mata pelajaran teras.
D. Pemantauan
Guru-guru akan memasuki kelas dari pintu belakang untuk memantau keadaan kelas. Murid-murid yang tidak membaca akan ditegur atau diberi amaran.
E. Impak
Disiplin murid terutama semasa pertukaran waktu dapat dikawal dan ditingkatkan. Murid-murid menggunakan masa dalam kelas secara optimum untuk proses pembelajaran.
*Jika dijumlahkan, sehari = 50minit seminggu = 250 minit = 4 jam 10 minit 



No comments:

Post a Comment