Sejarah Penubuhan BOSS

          BOSS mula ditubuhkan pada tahun 2008.    Sebelum tahun 2008, bilangan murid yang layak untuk SPBT adalah kurang daripada separuh jumlah  murid sekolah ini dan semua buku SPBT disimpan di sebuah stor yang kecil (kini stor buku rampaian).
          Mulai tahun 2008, semua murid layak untuk SPBT.   Sebuah bilik khas sangat diperlukan untuk mengurus dan menyimpan semua buku SPBT dengan teratur dan sistematik.  Guru Besar, Puan Wong Teck Nai terpaksa berunding dengan pengurus Lembaga Sekolah untuk membuat ‘extension’ 10’x56’ dari bilik Tahun 1A dan 1B untuk dijadikan BOSS pada tahun 2007.
          Penubuhan BOSS dan pelaksanaan program-program BOSS dapat meningkatkan kesedaran murid-murid untuk menghargai sumbangan kerajaan, menjaga semua buku SPBT dengan bersih dan selamat, penggunaan buku teks dan buku aktiviti sebagai sumber ilmu dan bertanggungjawab mengembalikannya dalam keadaan yang baik.
          BOSS cemerlang berpaksi pengurusan cemerlang.

No comments:

Post a Comment