Sejarah

SJK(C) Tung Hua terletak di Jalan Suarah, Sibu, kira-kira 3 km dari bandar Sibu.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1922 sebagai sebuah sekolah rendah cina swasta.
Dua belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, sekolah rendah ini berkembang dan mula menerima pelajar menengah.  Pada tahun 1956, ia menjadi sebuah sekolah bantuan kerajaan.
Pada tahun 1970, pentadbiran sekolah diasingkan dan dikendalikan oleh sekolah rendah dan menengah masing-masing.  Sebuah pagar didirikan untuk membahagikan kedua-dua buah sekolah itu.  Guru Besar pertama Sekolah Rendah Tung Hua ialah Encik Ting Choo Seng.  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Tung Hua mempunyai Lembaga Sekolah yang sama.
Di bawah kepimpinan dinamik Datuk Amar Ling Beng Siong sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah, lima blok bangunan konkrit mengandungi bilik darjah, pentadbiran, perpustakaan, sains, kantin, kemahiran hidup dan mini dewan telah didirikan pada tahun 1970, 1976, 1988, 1994 dan 1997.  Oleh kerana luas kawasan sekolah hanya lebih kurang 1.5 ekar, tiada ruang lagi untuk pembinaan bangunan baru pada masa depan.  Kemudahan fizikal sekolah ini lengkap walaupun kami masih inginkan bilik tambahan untuk muzik, AVA, bilik persidangan dan sebagainya.
SJK(C) Tung Hua ialah sekolah kategori A, mempunyai satu sesi sahaja (sesi pagi).  Bilangan kelas berjumlah 30, dari darjah 1 hingga darjah 6 dan setiap darjah mempunyai lima kelas.  Bilangan guru ialah 54 orang dan staf bukan guru ialah 5 orang.
          
SJK(C) Tung Hua mempunyai sebuah klinik pergigian untuk menjaga kesihatan gigi murid yang berjumlah 1281 orang sekarang.
Guru Besar pertama sekolah swasta ialah Encik Lau Tiu kee yang berkhidmat dari tahun 1922 hingga 1924, sementara Guru Besar pertama selepas pentadbiran sekolah ini diasingkan kepada SJK(C) Tung Hua dan SMB Tung Hua, ialah Encik Ting Choo Seng.  Beliau bertugas dari tahun 1970 hingga tahun 1975.
Guru Besar SJK(C) Tung Hua sekarang ialah Puan Wong Teck Nai dan Pengerusi Lembaga Sekolah Tung Hua ialah Dato’ Hii Yu Ho.