KECEMASAN
3K-PROGRAM SEKOLAH KECEMASAN
Peralatan kecemasan sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan diletakkan di bilik kecemasan. Alat Pemadam Api dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak untuk diperiksa/ diuji setiap tahun. Semua alat pemadam api di sekolah telah diperiksa pada 2/10/2004 dan tempoh sahlaku adalah sehingga 1/10/2005.
KEBERSIHAN
3K- KEBERSIHAN
Keadaan dalam dan luar bilik darjah yang dijaga berseri oleh murid murid. Sistem saliran di luar bilik darjah adalah sempurna dan bersih.
Tempat mencuci dan memasak di kantin sekolah sentiasa dijaga bersih dan kering untuk menghindari serangga.
Tatacara penyajian makanan yang teratur dengan semua makanan dibungkus atau ditutup untuk menghindari serangga.
Tong-tong sampah yang diletak di bawah jejantas sekolah.
Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. Terdapat khidmat Sanitari di tandas perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam bakul sampah yang bersarung beg plastik. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat.
KESELAMATAN
3K-PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Sekolah Selamat didefinasikan sebagai:
Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.
Keselamatan Lalulintas Murid
Wadem trafik sedang mengawal lalu lintas pada awal pagi dan waktu lepas sekolah.
Keselamatan Di Pintu Masuk Utama Sekolah
Pintu utama sentiasa ditutup dan dijaga oleh seorang pengawal.
Kawalan Pergerakan Murid ketika Berada di Dalam Sekolah
Murid-murid perlu memakai tanda nama pada setiap masa semasa berada di dalam kawasan sekolah.Manakala bagi murid-murid yang ingin keluar kelas mereka perlu memakai pas keluar dan masuk.
GeMS
Gerakan Memperkasakan Sekolah (GeMS)
- merupakan suatu bentuk pengurusan strategik untuk menetapkan hala tuju SJK(C) Tung Hua
- Perancangan Strategik GeMS akan dijadikan panduan pelaksanaan
- program jabatan kepada semua warga pendidik dalam tempoh lima tahun.
- Menekankan 4 perkara utama iaitu penggubalan rancangan GeMS,
- pelaksanaan pelan tindakan GeMS, pemantauan pelaksanaan dan pelaporan prestasi GeMS serta penilaian pelan tindakan GeMS untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
- Seluruh warga pendidik akan terlibat dalam mengenal pasti cabaran, isu-isu utama dan sasaran strategik serta merangka pelan tindakan bagi menangani isu-isu berkenaan.
GeMS digubal untuk menentukan haluan dan merealisasikan fokus SJK(C) Tung Hua seperti yang berikut:
- Memperkasakan sekolah(F1)
- Memartabatkan profesion keguruan.(F2)
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pendidikan. (F3)
- Merapatkan jurang pendidikan. (F4)
- Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. (F5)
- Menyediakan sistem pengurusan organisasi yang baik dan terancang dari aspek dalaman ataupun persekitarannya.
- Menyediakan peluang penglibatan semua warga sekolah dan ibu bapa dalam proses pemikiran dan mengurangkan tekanan serta tentangan kepada sebarang perubahan yang dirancangkan.
- Mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi
- Membuat keputusan yang sesuai tentang tindakan yang akan diambil
- Membuat keputusan secara sistematik dengan menggunakan maklumat terbaik.
- Membuat keputusan yang bijak tentang pengagihan sumber manusia, kewangan, dan kemudahan.
- Membuat keputusan yang praktikal untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
- Meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalinkan silaturahim dan kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan pengupayaan hala tuju yang sama.
- Menetapkan keutamaan dan objektif yang jelas termasuk skop aktiviti, pelan tindakan, pemantauan pelaksanaan dan penilaian impak program berkesan.
- Memahami kuasa-kuasa yang mempengaruhi masa depan sekolah khususnya tekanan dan perubahan terhadap persekitaran masa depan.
- Membina wawasan untuk organisasi dengan mendapat pandangan serta idea daripada warga dalam organisasi.
- Melaksanakan proses penjanaan wawasan, misi, matlamat serta objektif strategik dengan melibatkan seluruh warga pendidikan.
- Melakukan imbasan persekitaran dalaman dan luaran organisasi untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang wujud.
- Menetapkan faktor-faktor penentu kejayaan organisasi, nilai, kepercayaan dan adat resam serta budaya yang wujud di sesuatu tempat
- Menubuhkan pasukan pelaksana wawasan organisasi untuk menjalankan segala aktiviti yang dirancang
- Membina kerangka penilaian dan nilai setiap objektif khusus untuk menentukan kejayaannya.
- Melakukan kerja-kerja penambahbaikan untuk memastikan semua perancangan dilaksanakan sepenuhnya
- Memantapkan kerjasama dalam organisasi untuk mengelakkan keadaan berpuak-puak dan mementingkan diri.
- Menyemarakkan kecintaan terhadap organisasi dan kerja sebagai satu ibadah
- Membina jaringan yang baik dengan masyarakat, badan kerajaan, badan korporat dan agensi lain untuk memudahkan pelaksanaan pelan tindakan strategik.
Perancangan 5 fokus GeMS 2006 – 2010 merangkumi 6 perkara utama iaitu cabaran, isu-isu semasa, sasaran strategik, strategi, pelaksana dan indikator pencapaian.
Kerangka Pelan Tindakan GeMS
Perancangan Pelan Tindakan GeMS 2006-2010 merangkumi 6 perkara utama iaitu strategi, aktiviti, kumpulan sasaran, jadual pelaksanaan, pegawai bertanggungjawab dan anggaran kos.
Cabaran dan Isu Utama
GeMS SJK(C) Tung Hua 2006-2010 dirancang bagi memastikan sekolah SJK(C) Tung Hua menjadi sebuah sekolah yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan.
SJK(C) Tung Hua telah mengenal pasti 15 cabaran dan 38 isu utama yang perlu ditangani bersama oleh semua warga sekolah melalui pelan tindakan GeMS berlandaskan Fokus dan Matlamat Perancangan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengisian wawasan GeMS SJK(C) Tung Hua amat menuntut komitmen semua pihak sama ada di dalam atau di luar sekolah. Pendidikan berkualiti dan sekolah gemilang haruslah menjadi agenda utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi selaras dengan Wawasan Gemilang Sarawak.
Program Guru Kecil (5 minit)-Setahun-156 Jam
A. Konsep
Setiap kelas dilantik seorang atau dua orang murid mengetuai kelas masing-masing dalam membaca dan mengawal disiplin kelas sementara menunggu guru dalam masa pertukaran waktu (5 minit).
B. Objektif
- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan berfaedah
- Membantu guru dalam kelas ketika guru belum sampai.
- Pengawalan disiplin kelas dengan efektif
C. Pelaksanaan
Murid-murid(biasanya ketua kelas) membimbing kelas masing- masing membaca petikan-petikan di dalam buku teks mata pelajaran teras.
D. Pemantauan
Guru-guru akan memasuki kelas dari pintu belakang untuk memantau keadaan kelas. Murid-murid yang tidak membaca akan ditegur atau diberi amaran.
E. Impak
Disiplin murid terutama semasa pertukaran waktu dapat dikawal dan ditingkatkan. Murid-murid menggunakan masa dalam kelas secara optimum untuk proses pembelajaran.
*Jika dijumlahkan, sehari = 50minit seminggu = 250 minit = 4 jam 10 minit
Program Anak Angkat
A. Konsep
Seorang guru mengambil 2 orang anak angkat yang terdiri daripada murid-murid tahun 6D dan 6E
B. Objektif.
- Membantu murid-murid menguasai mata pelajaran yang lemah.
- Meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menduduki peperiksaan UPSR.
C. Strategi Pelaksanaan
- Memberi motivasi
- Memberi bimbingan semasa pengajaran dan pembelajaran atau mengadakan kelas tambahan.
- Memberi galakan berbentuk ganjaran seperti hadiah
- Mengambil berat atau memberi perhatian
D. Pemantauan
- Guru Besar dan PK akan memantau perjalanan program anak angkat dengan merujuk kepada fail-fail persendirian anak murid dan melalui temubual.
E. Impak
Peratus kelulusan setiap mata pelajaran akan meningkat pada setiap tahun terutamanya mereka yang tergolong dalam program anak angkat.
Kelas Bimbingan Khas
A. Konsep
Seorang guru mengambil 2 orang anak angkat yang terdiri daripada murid-murid tahun 6D dan 6E
B. Objektif.
- Membantu murid-murid menguasai mata pelajaran yang lemah.
- Meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menduduki peperiksaan UPSR.
C. Strategi Pelaksanaan
- Memberi motivasi
- Memberi bimbingan semasa pengajaran dan pembelajaran atau mengadakan kelas tambahan.
- Memberi galakan berbentuk ganjaran seperti hadiah
- Mengambil berat atau memberi perhatian
D. Pemantauan
- Guru Besar dan PK akan memantau perjalanan program anak angkat dengan merujuk kepada fail-fail persendirian anak murid dan melalui temubual.
E. Impak
Peratus kelulusan setiap mata pelajaran akan meningkat pada setiap tahun terutamanya mereka yang tergolong dalam program anak angkat.
Kelas Tambahan (Sabtu)
- Kelas tambahan telah diadakan di hari Sabtu bagi mata pelajaran SI dan MI untuk meningkatkan penguasaan murid dari Tahun 3-5 dalam kedua- dua mata pelajaran ini.
- Murid-murid Tahun 6 akan menjalankan kelas tambahan bagi mata pelajaran BC, BM, BI, MT dan Sains pada hari Sabtu bagi membantu murid menguasai mata pelajaran yang lemah dan meningkatkan keyakinan murid untuk menduduki peperiksaan UPSR
PROGRAM EXPRESS PAGI
PROGRAM EXPRESS PAGI
A. Latar Belakang
Penguasaan kemahiran penulisan khasnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan masalah utama bagi sekolah beraliran Bahasa Cina, termasuk sikap “tak nak” terhadap kedua-dua matapelajaran ini. Sikap “tak nak” ini mengakibatkan kemerosotan keputusan akademik bukan sahaja bagi peperiksaan PKSR, begitu juga dengan peperiksaan awam iaitu UPSR. Pelajar-pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam matapelajaran lain iaitu Bahasa Cina, Matematik dan Sains, kecuali Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berbagai langkah dan usaha telah diambil pada sebelah petang, tetapi usaha-usaha ini tidak mendatangkan hasil. Yang paling berkesan ialah melalui PROGRAM EKSPRES PAGI.
B. Rasional
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah paling penting dalam bidang pembelajaran. Seorang warga Malaysia mesti pintar dan fasih dalam Bahasa Kebangsaan ini demi kebanggaan diri sendiri. Kalau warga kita tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris, adalah menjadi masalah untuk berhubung dengan dunia luar. Oleh yang demikian, pihak sekolah mengutamakan Program Ekspres pagi dengan harapan program ini dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kedua-dua bahasa ini dan seterusnya meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan.
C. Objektif
- Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu danBahasa Inggeris.
- Meningkatkan lagi kualiti penulisan murid-murid.
- Menambahkan perbendaharaan kata baru murid-murid.
- Mencungkil minat murid-murid terhadap penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Memperbaiki keputusan peperiksaan dan meningkatkan pencapaian cemerlang di kalangan murid-murid.
D. Matlamat
- 80% murid-murid Tahap2 dapat menguasai kemahiran menulis karangan.
- 99% murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Pencapaian peperiksaan UPSR terus meningkat.
E. Kumpulan Sasaran
- Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
F. Strategi pelaksanaan
- Pengagihan guru-guru yang berpengalaman dalam pengajaran BM dan BI dipilih dan diagihkan untuk mengajar kelas tertentu.
- Masa yang ditetapkan untuk menjalani program ekspres pagi adalah seperti berikut:
(a) Tahun 6 : 6.45 pagi hingga 7.35 pagi (b) Tahun 1-5 : 7.05 pagi hingga; 7.35 pagi Pengajaran seperti ini berjalan setiap pagi pada hari persekolahan. - Buku karangan terpilih dijadikan buku rujukan untuk guru-guru yang mengajar kelas ini. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat adalah untuk mengajar BM, Hari Selasa dan Khamis adalah untuk BI.
- Murid-murid diajar cara menulis karangan melalui perbincangan dan penerangan, selepas itu karangan ditulis itu dibaca, difaham dan dihafal itu. Akhir sekali murid-murid dikehendaki menulis karangan yang terhafal itu.
- Murid-murid yang lemah diberi bimbingan khas dalam kelas atau di luar kelas khasnya pada masa rehat atau masa balik sekolah.
G. Pemantauan
- Murid-murid diuji dalam bentuk lisan dan tulisan bagi sesebuah karangan yang dihafal.
- Pelaksanaan diperiksa oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari semasa ke semasa melalui buku latihan murid-murid.
- Dari keputusan PKSR dan UPSR, pencapaian murid-murid dapat diukir. Kerja susulan dijalankan dalam penambahbaikan bergantung kepada keadaan.
LAWATAN
Lawatan Penanda Aras Rombongan Guru-guru Besar SJK Daerah Padawan Kuching, Sarawak
(30 April 2009)
LAWATAN
Lawatan Penanda Aras Rombongan Guru Besar dari sekolah-sekolah kelompok kumpulan D Bahagian Sibu
(21 April 2008)
LAWATAN
Lawatan Penanda Aras Rombongan Guru Besar dan Penolong Kanan Zon Piasau Miri, Sarawak.
(29 Mac 2007)
LAWATAN
Lawatan sambil belajar Guru-Guru dan Guru Besar-Guru Besar Sekolah Berkelompok SJK(C) Sibu
(21 Oktober 2006)
Subscribe to:
Comments (Atom)

